Saturday, February 06, 2010

Hargai Sebuah Cinta

BAYANGKAN
anda mencintai seseorang tetapi orang itu tidak mencintai anda, tentu
menyakitkan. Tetapi, anda lebih kecewa apabila anda mencintai seseorang
tetapi tidak mempunyai keberanian untuk memberitahu apa yang anda
rasakan.

Percaya
atau tidak, anda memerlukan seminit untuk tertarik kepada seseorang,
sejam untuk menyukai seseorang, sehari untuk mencintai seseorang tetapi
mengambil masa seumur hidup untuk melupakan seseorang yang anda cintai.

Mungkin
Tuhan sengaja menemukan kita dengan seseorang yang tidak sepadan
sebelum kita ditemukan dengan orang yang sehati sejiwa. Justeru,
apabila kita bertemu dengan orang yang tepat, kita akan mengetahui
betapa berharganya anugerah itu.

Cinta
adalah ketika anda dibuai perasaan, kesabaran dan romantis dalam suatu
hubungan serta mengetahui bahawa anda amat mengambil berat mengenai si
dia.

Hal
yang menyedihkan dalam hidup adalah ketika bertemu seseorang yang
sangat bererti bagi kita, namun akhirnya kita terpaksa membiarkan dia
pergi. Ketika pintu kebahagiaan tertutup, yang lain terbuka. Tetapi
kadangkala kita menatap terlalu lama pada pintu yang tertutup itu
sehingga kita tidak melihat pintu lain yang terbuka untuk kita.

Teman
yang terbaik adalah individu yang sentiasa berada di sisi, berasa
seronok ketika bersama dan dia tidak pernah mengatakan apa-apa selain
tetap menyokong anda dari belakang.

Memberikan seseorang semua cinta tidak pernah menjamin bahawa mereka akan mencintai anda.

Jangan
mengharapkan cinta sebagai balasan, tunggulah sampai cinta itu berputik
di dalam hatinya. Tetapi jika tidak, pastikan dia tumbuh dalam hatimu.

Ada
hal yang sangat ingin anda dengar tetapi tidak akan pernah anda dengar
daripada seseorang yang anda sukai. Tetapi jangan sampai anda menjadi
tuli walaupun tidak mendengar luahan hatinya.

Jangan
pernah mengucapkan selamat tinggal jika anda masih ingin mencuba.
Jangan menyerah selama anda berasa masih ada harapan. Jangan pernah
berkata anda tidak mencintainya lagi walhal tidak sanggup membiarkan
dia pergi.

Cinta
datang kepada mereka yang masih mempunyai harapan walaupun sering
dikecewakan. Cinta hadir kepada mereka yang masih mempercayai, walaupun
kerap dikhianati. Cinta juga menghampiri mereka yang masih ingin
mencintai, walaupun berulang kali disakiti dan kepada mereka yang
mempunyai keberanian serta keyakinan untuk membina kembali kepercayaan.
Janganlah mudah berputus asa.

Jangan
melihat daripada wajah, itu boleh menipu. Jangan melihat kekayaan, itu
boleh luput. Berharaplah kepada seseorang yang dapat membuatmu
tersenyum kerana sebuah senyuman dapat membuat hari yang gelap menjadi
cerah.

Berharaplah
anda bertemu seseorang yang dapat membuat anda tersenyum. Ada saat
dalam kehidupan apabila anda sangat merindukan seseorang, ingin menemui
dan memeluknya.

Berharaplah
anda dapat mimpikan si dia, pergilah ke mana saja anda ingin kunjungi,
jadilah sesuai dengan keinginan anda kerana anda hanya hidup sekali dan
satu kesempatan untuk melakukan apa diinginkan.

Semoga
anda memperoleh cukup kebahagiaan, cukup dugaan untuk membuat anda
kuat, cukup penderitaan untuk membuat anda menjadi manusia yang tabah
dan cukup harapan untuk membuat kamu berbahagia.

Selalu letakkan diri pada posisi orang lain. Jika anda berasa itu menyakitkan, mungkin ia akan menyakitkan orang lain.

Orang
yang bahagia tidak perlu memiliki yang terbaik dalam segala hal. Mereka
melakukan yang terbaik dalam segala hal. Kebahagiaan bukan bagi mereka
yang menangis, mereka yang terluka, mereka yang mencari, mereka yang
mencuba.

Cinta
bermula dengan senyuman, tumbuh dengan kemesraan dan berakhir dengan
air mata. Masa depan yang cerah berdasarkan pada masa lalu yang
dilupakan, Anda tidak dapat melangkah dengan baik dalam kehidupan
hingga anda melupakan kegagalan dan rasa sakit hati.

Ketika
lahir, anda menangis dan semua orang di sekeliling tersenyum. Hiduplah
dengan hidupmu, justeru ketika anda meninggal dunia, anda satu-satunya
yang tersenyum dan semua orang di sekeliling menangis.


*pss : Artikel ni aku Copy & Paste jer..hehehe...xreti nk tlis ayt2 cmni smue...hehe..enjoy!!

2 comments:

...Nurul Aniza... said...

huahhhh~
nantuk.. panjang la syg..
hehe~

mizy said...

hehehe..bce la smpi tertito...bby!!!!..luv u..hehe

Post a Comment