Saturday, February 06, 2010

Hargai Sebuah Cinta

BAYANGKAN
anda mencintai seseorang tetapi orang itu tidak mencintai anda, tentu
menyakitkan. Tetapi, anda lebih kecewa apabila anda mencintai seseorang
tetapi tidak mempunyai keberanian untuk memberitahu apa yang anda
rasakan.

Percaya
atau tidak, anda memerlukan seminit untuk tertarik kepada seseorang,
sejam untuk menyukai seseorang, sehari untuk mencintai seseorang tetapi
mengambil masa seumur hidup untuk melupakan seseorang yang anda cintai.

Mungkin
Tuhan sengaja menemukan kita dengan seseorang yang tidak sepadan
sebelum kita ditemukan dengan orang yang sehati sejiwa. Justeru,
apabila kita bertemu dengan orang yang tepat, kita akan mengetahui
betapa berharganya anugerah itu.

Cinta
adalah ketika anda dibuai perasaan, kesabaran dan romantis dalam suatu
hubungan serta mengetahui bahawa anda amat mengambil berat mengenai si
dia.

Hal
yang menyedihkan dalam hidup adalah ketika bertemu seseorang yang
sangat bererti bagi kita, namun akhirnya kita terpaksa membiarkan dia
pergi. Ketika pintu kebahagiaan tertutup, yang lain terbuka. Tetapi
kadangkala kita menatap terlalu lama pada pintu yang tertutup itu
sehingga kita tidak melihat pintu lain yang terbuka untuk kita.

Teman
yang terbaik adalah individu yang sentiasa berada di sisi, berasa
seronok ketika bersama dan dia tidak pernah mengatakan apa-apa selain
tetap menyokong anda dari belakang.

Memberikan seseorang semua cinta tidak pernah menjamin bahawa mereka akan mencintai anda.

Jangan
mengharapkan cinta sebagai balasan, tunggulah sampai cinta itu berputik
di dalam hatinya. Tetapi jika tidak, pastikan dia tumbuh dalam hatimu.

Ada
hal yang sangat ingin anda dengar tetapi tidak akan pernah anda dengar
daripada seseorang yang anda sukai. Tetapi jangan sampai anda menjadi
tuli walaupun tidak mendengar luahan hatinya.

Jangan
pernah mengucapkan selamat tinggal jika anda masih ingin mencuba.
Jangan menyerah selama anda berasa masih ada harapan. Jangan pernah
berkata anda tidak mencintainya lagi walhal tidak sanggup membiarkan
dia pergi.

Cinta
datang kepada mereka yang masih mempunyai harapan walaupun sering
dikecewakan. Cinta hadir kepada mereka yang masih mempercayai, walaupun
kerap dikhianati. Cinta juga menghampiri mereka yang masih ingin
mencintai, walaupun berulang kali disakiti dan kepada mereka yang
mempunyai keberanian serta keyakinan untuk membina kembali kepercayaan.
Janganlah mudah berputus asa.

Jangan
melihat daripada wajah, itu boleh menipu. Jangan melihat kekayaan, itu
boleh luput. Berharaplah kepada seseorang yang dapat membuatmu
tersenyum kerana sebuah senyuman dapat membuat hari yang gelap menjadi
cerah.

Berharaplah
anda bertemu seseorang yang dapat membuat anda tersenyum. Ada saat
dalam kehidupan apabila anda sangat merindukan seseorang, ingin menemui
dan memeluknya.

Berharaplah
anda dapat mimpikan si dia, pergilah ke mana saja anda ingin kunjungi,
jadilah sesuai dengan keinginan anda kerana anda hanya hidup sekali dan
satu kesempatan untuk melakukan apa diinginkan.

Semoga
anda memperoleh cukup kebahagiaan, cukup dugaan untuk membuat anda
kuat, cukup penderitaan untuk membuat anda menjadi manusia yang tabah
dan cukup harapan untuk membuat kamu berbahagia.

Selalu letakkan diri pada posisi orang lain. Jika anda berasa itu menyakitkan, mungkin ia akan menyakitkan orang lain.

Orang
yang bahagia tidak perlu memiliki yang terbaik dalam segala hal. Mereka
melakukan yang terbaik dalam segala hal. Kebahagiaan bukan bagi mereka
yang menangis, mereka yang terluka, mereka yang mencari, mereka yang
mencuba.

Cinta
bermula dengan senyuman, tumbuh dengan kemesraan dan berakhir dengan
air mata. Masa depan yang cerah berdasarkan pada masa lalu yang
dilupakan, Anda tidak dapat melangkah dengan baik dalam kehidupan
hingga anda melupakan kegagalan dan rasa sakit hati.

Ketika
lahir, anda menangis dan semua orang di sekeliling tersenyum. Hiduplah
dengan hidupmu, justeru ketika anda meninggal dunia, anda satu-satunya
yang tersenyum dan semua orang di sekeliling menangis.


*pss : Artikel ni aku Copy & Paste jer..hehehe...xreti nk tlis ayt2 cmni smue...hehe..enjoy!!

Monday, January 18, 2010

Ade Apa Dengan I Love You..




"I LOVE YOU" atau apa saje ayt jiwang yg sama erti dengan ayt tangkap lentok bg couple kat luar sne..(termasuk aku kot..hehhe)....kita lelaki jgn cpt perasan ek...gurl2 ni @ ur gf smue ni klo sebut cmtu bkn tanda di0rg gurls2 out there tul2 syg atau cinta n sewaktu dgnnnyer...tp di0rg wk2 tu nak kita @ balak2 dorg (ade balak bso n ade yg kcik..tp jgn pkir len taw..hehe) yg ucapkan pktaan tuh...dlm erti kata advance nyer...diorg nk kita mbalas dgn pkataan "I LOVE YOU TOO"..awww, cair gua dgr ayt tu..hehe.....X CAYE? try lah time awek2 tercnte k0rg tu ucap je kata tuh k0rg buat dek je, wat2 bodo, buat xdgr...tgk r nti apa yg jd...muncung bibir awek k0rg leh buat tempat sangkut hanger baju siot..pasni xyh bli tmpat nk gntung hanger..hahaha..;-p


(tp klo anda dpt awek type Queen Control atau garang mngalahkan singe betina...bek jgn buat...kang x psal2 makan kaki awek korg free2..hehe....dan bg yg dh kawen lak jgn lak wat cam yg kat ats tu ble si isteri mgucapkan ayt terindah tu...t x psl2 mkn kat luar lak...hehehe..)


*pss : mampus aku klo awek aku bce post ni..hehehe...ape2 hal mtk maf dlu..hehehe..;-p

Wednesday, January 13, 2010

Fakta Coca-Cola(Coke)


 Sila bace betol-betol :

1. Dalam kebanyakan negeri di US, kereta peronda Polis/Lebuhraya akan dimuatkan 2 gallon Coke untuk menghilangkan kesan darah dijalanraya apabila berlaku kemalangan.

2. Untuk mencuci tandas : Masukkan setin air Coke dalam tandas dan biarkan selama 1 jam dan kemudian ‘flush’. Kesan kotoran/hampas akan hilang dari tindakan ‘citric asid’ yang berada dalam Coke. Leh ganti Clorox ni..Hahaha!!

3. Untuk menghilangkan kesan karat dari bumper kereta jenis chr ome : Lap bumper dengan aluminium foil yang dicelup dengan Coke. Kesannya karat hilang!. Tapi aku xpnah try pun...hehehe..:-p

4. Untuk menghilangkan kesan ‘corrosion’ atau hakisan pada skru/nat bateri kereta : Tuang saja setin Coke pasti kesan hakisan hilang serta merta.

5. Untuk melonggarkan skru yang berkarat dan ketat : Sekali lagi tuang setin Coke, skru tersebut pasti longgar dan boleh dibuka.

6. Untuk menghilangkan kesan minyak/lekit dari pakaian : Tambahkan setin Coke dalam mesin basuh bersama sabun pencuci dan basuh macam biasa. Kesan minyak tu pasti hilang. So jadi la Coke perisa sabun..Mwahahaha..

7. Cermin kereta anda berdebu/kotor/melekit ? Celup tuala dengan Coke dan lap. Pasti bersih. Tak sure lak sal ni...Huhu..

8. Bahan aktif Coke adalah phosphoric asid. Ia mempunyai pH 2.8. Ia boleh meleburkan sebatang paku dalamasa 4 hari. Perhh,leh leburkan Solex ojang ni..Hahaha..

9. Asid tersebut juga menghakis kekuatan tulang belakang dan tulang lain dalam badan yang merupakan punca utama kearah penyakit osteoporosis. So klo nak sihat banyakkan minum susu. Xksah r susu pape pun..Hehehe..


*pss: aku xtaw smue ni btol ke x,so korunk try r klo nk tgk hsilnyer..klo jd report kat aku..kekeke

Wednesday, December 30, 2009

Top 10 Makanan Pelik Di Dunia




10. Buffaloo Dung Beetle - Thailand

Dũng Beetles Buffaloo juadah yang eksklusif kepada sesetengah orang di Thailand. Mereka ditemui di wilayah Khong Kaen di Thailand. Kalau Thailand memang xsah klo xmkn bende2 pelik...

9. Chocolate Covered Scorpions - London

Korunk akan dapat bertemu dengan snek yang manis dan rangup ini di Fortnum & Mason, London. G r try klo nk rase.. Halal haram aku xtaw..mwahaha..

8. Rattlesnake Steak – USA

Jika korunk ingin mencuba hidangan ini, lawati The Big Texas di Sweetwater, Texas. Mereka sangat terkenal dengan steak ular berbisa. Lebih baik jangan cube, mungkin masih ade racun dan mati mengejut tak pasal-pasal...hehehe..

7. Frogs Legs Porridge – Singapore

Geylang di Singapura yang terkenal dengan Bubur Kaki Katak. Lebih baik makan kaki ayam, lagi besar dan byk isi dari kaki katak yang sekeping tu. Lagi kenyang aku rase..hahaha..

6. Rotten Shark - Islandia

Sebagaimana dinyatakan di atas, ini adalah salah satu kelazatan yang aku pun tidak berani mencuba. Nampak macam muntah orang je...hehe

5. Grasshoper - Thailand

Korunk boleh jumpe belalang goreng di streetcorner kios di Bangkok, Thailand.

4. Rocky Mountain Oysters - USA / Canada

Juga dikenali sebagai Prairi Tiram atau tendergroin Montana (nama kulineri Amerika Utara untuk testikel kerbau dan babi hutan). Tiram ini adalah salah satu daripada pencuci mulut di beberapa bahagian Amerika Syarikat (Barat) dan Prairie Kanada. Jika anda ingin mencubanya, kunjungi Buckhorn Exchange di Colorado, Denver. Tapi sanggup ke nak makan testikel binatang tu. Kalau aku, haisshhh memang geli siot..

3. Deer Penis Soup – Singapore

Imperial Herbal Restaurant di Singapura menyediakan sup pelik ini. Memang 18sx betol sup ni. Makanan lucah. Hehheeh..

2. Mexico Worm Tacos - Mexico

Mezcal cacing atau cacing maguey makanan yang asli di Mexico Tengah. Mereka dianggap lazat jika digoreng dan disajikan dalam tortilla. Tortilla, hehehe, ingat lagi pasal final projek subject Spain yang aku ambil, tp dalam projek tu tortilla die lagi sedap dan tak segeli macam yang ni..kuikuikui

1. Balut - Filipina

Juga dikenali sebagai Telur dengan Kaki atau Balut. Balut adalah telur itik yang direbus dan dimakan dengan garam. Embrio biasanya 16 hingga 18 hari, dan pada masa telur tu matang. Secara peribadi, memang xde keje nk mkn telur sparuh matang ni...haiisshhh, memang geli, tp still ade yang makan..hahaha...

*pss = ni 1st post aku..yeaahhh!!!!!